ALUMINIUM COMPOSITE PANEL (ACP)

Aluminium Composite Panel atau lebih dikenali sebagai ACP sangat-sangat mendapat sambutan di waktu sekarang. Ini disebabkan design ACP yang nampak moden sesuai dengan konsep rumah baru sekarang. ACP banyak ditempah oleh pemilik rumah untuk memastikan rumah mereka kelihatan cantik, moden, premium dan lebih elegen

Kelebihan ACP berbanding material lain, ACP lebih sejuk, lebih senyap dan harga lebih berbaloi. Ketahanan ACP adalah lebih 10 tahun. Itu yang dijanjikan oleh pembekal. Namun begitu, warranty oleh kilang besi hanya meliputi perkhidmatan pemasangan. Warranty tidak termasuk masalah pada material dan masalah pada cat

Material ACP mempunyai 4 bahagian utama seperti gambar di sebelah yang telah dipadatkan menjadi satu kepingan ACP. Protective film, Aluminium skin, Adhesive film dan Polyethylene (PE) core

PU METAL FOAM

PU Metal Foam antara awning pilihan dengan kualiti PREMIUM. Kenapa? Ini kerana PU Metal Foam antara material awning paling dicadangkan oleh pihak Glozons Ironguardz. PU Metal Foam antara awning paling senyap, paling sejuk dan paling kurang maintenance untuk jangka masa panjang. Design PU Metal Foam juga berkonsepkan moden design yang pasti menjadi pilihan ramai pelanggan-pelanggan kami

Namun begitu, kos untuk memasang PU Metal Foam sedikit tinggi jika dibandingkan dengan ACP. Tetapi berbaloi dengan hasil yang akan pelanggan perolehi. Pembekal memberi jaminan untuk material tahan lebih daripada 10 tahun. Namun begitu, warranty oleh kilang besi hanya meliputi perkhidmatan pemasangan. Warranty tidak termasuk masalah pada material dan masalah pada cat

Material PU Metal Foam mempunyai 3 bahagian utama seperti gambar disebelah yang telah dicantumkan sekali menjadi sekeping PU Metal Foam. Lapisan tersebut adalah metal deck, foam (Internal Lamination) dan metal strip untuk menutup foam

METAL DECK

Metal Deck atau ada juga yang mengenalinya sebagai zink kilang merupakan material awning yang paling murah. Untuk yang ingin buat awning dengan kos paling murah, metal deck adalah pilihan terbaik. Untuk binaan awning sementara atau jangka masa pendek, metal deck merupakan awning yang paling sesuai

Kelebihan metal deck berbanding material lain, metal deck lebih murah dan merupakan awning yang tahan lama dan sangat lasak. Namun begitu, metal deck sangat panas dan sangat bising. Ketahanan metal deck lebih 10 tahun. Itu yang dijanjikan oleh pembekal. Namun begitu, warranty oleh kilang besi hanya meliputi perkhidmatan pemasangan. Warranty tidak termasuk masalah pada material dan masalah pada cat

Metal deck mempunyai pelbagai ketebalan. Selalu yang digunakan untuk pemasangan di rumah-rumah menggunakan ketebalan 0.3mm +- (G30)

POLYCARBONATE (POLY)

Polycarbonate merupakan salah satu material awning tembus cahaya selain dari kaca. Polycarbonate yang selalu digunakan ada yang material straw dan ada yang material solid. Glozons Ironguardz hanya memperkenalkan polycarbonate material solid sahaja. Polycarbonate sesuai digunakan sekiranya ingin membuatkan kawasan bawah kelihatan lebih terang dan luas. Polycarbonate menjadi pilihan ramai pelanggan disebabkan designnya yang nampak moden sesuai dengan konsep rumah baru sekarang. Polycarbonate banyak ditempah oleh pemilik rumah untuk memastikan rumah mereka kelihatan cantik, moden, premium dan lebih elegen

Kos polycarbonate lebih tinggi jika dibandingkan dengan material awning yang lain. Dari segi ketahanan, pembekal tidak memberi jaminan apa-apa kerana polycarbonate sangat mudah pecah sekiranya mempunya impak daya yang tinggi ke atasnya. Polycarbonate sangat panas dan lebih senyap. Selain itu, polycarbonate mudah nampak kotor untuk jangka masa panjang kerana pada bahagian atas mudah debu atau kotoran untuk melekat padanya. Dari segi warranty oleh kilang besi hanya meliputi perkhidmatan pemasangan. Warranty tidak termasuk masalah pada material dan masalah pada cat

Polycarbonate ada pelbagai warna dan pelanggan boleh memilih jenis licin, transparent atau ber”texture”