
Kami bermula kecil sama seperti syarikat besi yang lain. Bengkel kami di Tangga Batu Melaka, sangat-sangat kecil. Hanya boleh memuatkan 5-6 orang staff. Itu pon dah padat. Sampai ke luar bengkel kami buat kerja kadang-kadang tu. Sale masa itu sekitar 30k-50k sebulan.

Selepas tu kami berpindah di Sungai Lereh. Alhamdulillah, dapat tawaran buat bengkel yang agak besar. Bengkel besar, ada office, tempat simpan besi yang besar dan boleh muatkan 9-12 orang staff. Kali ni kami dah banyak projek-projek high beam buat structure. Mula perasan, banyak kekurangan syarikat enterprise ni. Nak kejar job end user lag, nak kejar job projek lagi. Memang tak terkejar.




ANTARA KELEMAHAN KAMI SEWAKTU DI ENTERPRISE DULU :
1. Boss sorang. Dia yang fikir sale, buat marketing, siapkan job, uruskan staff. Semua benda kena uruskan sendiri. Job memang tak boleh besar. Kalau besar mesti pecah kepala
2. Kualiti tidak dapat dijaga. Disebabkan boss terlalu sibuk, tiada masa nak fokus pada tambah baik kualiti. Tidak ada masa untuk mengkaji after sale service. Yang penting job dapat disiapkan. Kalau customer complain fikir lain nanti. Sangat-sangat tak sihat
3. Jadual berterabur. Janji dengan customer esok, tiba-tiba terpaksa cancel. Tiba-tiba teringat ada staff ambil cuti. Ada job sebelum tu tak complete lagi. Semua pening sebab keseluruhan boss kena fikir
4. Staff selalu keluar masuk. Hal ni normal sebab staff tengok syarikat kecil ni tiada masa depan. Selalu staff masuk untuk belajar je. Dah pandai mereka akan cari syarikat lain yang ada nama. Memang tiada masa nak fikir cara macam mana nak pastikan staff kenal. Syarikat enterprise mana boleh buat
5. Dah 7-8 tahun, sale masih kekal je. Tiada pertambahan. Mana tidaknya, bila sale lebih dari kebiasaan, nak uruskan tu macam orang gila. Terkejar kejar sana sini. Semestinya hasil tidak memuaskan. Lagi banyak complain lepas pemasangan.
Nak buka cawangan luar dari Melaka, sale berkembang tiada limit. Tapau satu Malaysia
Impian kami sangat-sangat besar. Suatu hari nanti kami nak pastikan Ironguardz dikenali sebagai platform kerja-kerja besi terbesar di Melaka. Ingat gate, ingat Ironguardz. Ingat awning, ingat Ironguardz. Ingat grill, ingat Ironguardz. Ingat kerja-kerja besi ingat Ironguardz.


Peringkat permulaan kami merancang untuk stabilkan ekosistem di Melaka. Bermula dengan syarikat Sdn Bhd. Pada tahun 2019, Glozons (M) Sdn Bhd ditubuhkan. Penubuhan Glozons merupakan gabungan 3 bengkel besi kecil menjadi satu jenama “Ironguardz”. Ironguardz merupakan jenama utama yang akan diketengahkan melibatkan projek gate, grill dan awning.


Pada tahun 2021, sistem fundamental pertama dicipta. Sistem ini merupakan “Secret Recipe” bagi Ironguardz yang menjadikan Ironguardz sangat berbeza dengan syarikat besi yang lain. Berbeza dari segi produk, service, perancangan dan kelebihan lebih banyak diperolehi oleh pelanggan. Sistem fundamental pertama berjaya dilaksanakan dan kami faham banyak perlu ditambah baik.
Pada tahun 2022, sistem fundamental kedua dicipta. Merupakan tambah baik dari sistem fundamental pertama. Semakin matang, semakin laju, semakin berkualiti dan Ironguardz terus berkembang. Pada tahun 2022 Ironguardz semakin dikenali di Melaka. Staff kami mula mencecah puluhan orang. Pelanggan kami mula mencecah 30-50 orang sebulan. Recommendations daripada pelanggan-pelanggan mula berlaku. Ini membuktikan syarikat Ironguardz semakin diterima dan diminati oleh orang Melaka.


Pada akhir tahun 2022 Ironguardz berjaya berkembang di Selangor dan Kuala Lumpur. Target seterusnya kami akan ke Negeri Sembilan & Johor.
Nantikan produk terbaru kami
Ironguardz merupakan satu jenama yang memfokuskan produk-produk “end user” berkenaan Gate, Grill & Awning. Akan datang jenama lain akan muncul.
IronHomez

Glozon Steel

Ironguardz Premium

Besi Master
